TAMAMNAMRA

Hubungan Adik Beradik Akan Terus Terputus Tanpa Ziarah

Bagaimana situasi hubungan kekeluargaan adik-beradik kita hari ini..ya?adakah masih terbina lagi keutuhan dalam perhubungan kekeluargaan antara adik-beradik kita?harapnya masih lagi utuh tanpa sebarang masaalah.

Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Sepintas Lalu..
Dari kehidupan ayah dan ibu dan semasa dalam hayat perkongsian kehidupan yang mereka lalui,mereka telah dianugerahkan oleh tuhan sumber yang tidak ternilai untuk mereka iaitu cahaya mata,cahaya mata yang dimaksudkan ialah kita dan adik-beradik kita yang lain.kita sendiri dapat lihat macam mana hubungan antara adik beradik kita saat itu,seronok dan betapa akrabnya hubungan kita sesama adik-beradik yang lain ketika itu,seperti kata pepatah "Air Dicincang Tidak Akan Putus",seorang abang atau kakak tetap akan melindungi adik-adiknya dalam apa jua keadaan ataupun situasi,seorang abang atau kakak pasti akan mengambil tahu pasal adik-adiknya yang lain,seorang adik akan berkongsi cerita pada si abang atau kakaknya terlebih dulu sebelum berkongsi kepada kedua orang tuanya,tidak dinafikan walaupun sering bercakaran antara satu sama lain,tetapi hubungan adik beradik tetap tidak putus.

Kenapa hubungan tetap utuh walaupun kita sering bercakaran antara adik beradik ketika kita kecil?kerana saat itu kita dan adik beradik masih lagi dibawah satu payung,dibawah payung ayah dan ibu.habit kehidupan sebuah keluarga ialah si ayah yang mengawal dan si ibu yang menasihati,sebab itu hubungan adik beradik tidak pernah putus.inilah alam yang penuh dengan keriangan pada kita dan adik beradik yang lain,juga merupakan alam yang penuh cabaran dan dugaan dalam kehidupan seorang yang bernama ayah dan ibu bagi membesarkan anak-anaknya sehingga dewasa.

Alam kehidupan diatas akhirnya kita akan tinggal sedikit demi sedikit sehingga kita akan ditemukan untuk mengharungi alam selepas kita baligh iaitu alam dewasa.kita sebagai abang atau kakak akan terlebih dahulu merasai alam dewasa ini,pada ketika ini hubungan adik beradik akan ada garis-garis sempadannya dalam perhubungan,terutama dalam hubungan antara adik beradik lelaki dengan perempuan,walaupun ada garis sempadan yang memisahkan bukan beerti untuk memutuskan hubungan, hubungan adik beradik berjalan seperti biasa tetap utuh dan akrab,cuma cara pemikiran kita pada alam ini telah berbeza daripada cara pemikiran kita sebelum baligh.tidak dinafikan juga bermula dari alam dewasa inilah juga hubungan sesama adik beradik akan menjadi renggang,kerana suatu masa si abang atau si kakak akan meninggalkan adiknya yang lain demi melanjutkan pelajaran,abang belajar diselatan,kakak belajar di utara dan akan terukirlah kerengganan sementara dalam hubungan.

Paling menyedihkan dan kemungkinan akan terputus terus hubungan antara adik beradik ialah semasa berhijrah ke alam perkahwinan untuk membina keluarga sendiri,apabila seorang abang sudah mempunyaai isteri dan seorang kakak sudah mempunyaai suami dan adik beradik lain sudah mempunyaai keluarga masing-masing,hubungan antara adik beradik sudah menjadi semakin renggang.bagi adik beradik yang memahami mungkin hubungan tetap boleh terjalin dengan akrabnya,tapi hari ini hubungan akan terus boleh jadi terpecah kerana adik beradik masing-masing saling tuduh menuduh dan menunding jari sesama sendiri demi menyalahkan sesama sendiri yang dianggap cuba untuk memutuskan hubungan antara adik beradik.kekeruhan dalam hubungan adik beradik akan jadi lebih keruh lagi apabila baru kehilangan orang tua dari dunia ini,dan akan banyaklah perkara yang terkeluar dari mulut masing-masing,.."abang banyak menyusahkan keluarga,kakak tak pernah ziarah keluarga dan adik tidak pernah ingat pada keluarga".masing-masing sudah mula berani bersuara,dan berperang mulut sesama sendiri.

Salah satu perkara yang boleh menyebabkan terputusnya hubungan adik beradik ialah dari aspek ziarah itu sendiri,Hubungan Adik Beradik Akan Terus Terputus Tanpa Ziarah,apa yang kita tahu,selain daripada melakukan ziarah terhadap kedua orang tua,bagi mengeratkan dan mengukuhkan hubungan adik beradik,kita juga jangan pernah lupa iaitu ziarah sesama adik beradik,ziarah seorang adik terhadap abang atau kakaknya dan juga sebaliknya.Agaknya dah berapa kali kita dah ziarah abang-abang,kakak-kakak dan adik-adik kita hari ini?jika masih lagi berbuat demikian..Al-hamdulilah.

Apakah tindakan sesama keluarga adik-beradik kita seterusnya,demi menjamin keakraban keluarga tidak putus?

:

~KOTAK KOMEN DISEDIAKAN HANYA UNTUK PENGOMEN YANG SUDI MENGOMENG~