TAMAMNAMRA

Cara Memperbaharui Atau Renew Kad Hijau Cidb Yang Telah Tamat Tempoh Secara Online 2014

Cidb
CIDB atau dalam bahasa english (Construction Industry Development Board) dan dalam bahasa malaysianya ialah (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia),Cidb telah mengeluarkan sejenis kad sebagai pengenalan untuk pekerja yang bekerja dalam industri pembinaan dimalaysia.Kad ini dikeluarkan untuk semua pekerja yang berstatus warganegara malaysia dan juga untuk warganegara asing yang bekerja dalam industri pembinaan dimalaysia.Kad yang dikeluarkan ini,juga dikenali ramai sebagai Kad Hijau Cidb dan mempunyaai tarikh luput untuk setiap 2 tahun.

Kad Hijau Cidb
Kad Hijau Cidb
Oleh kerana kad hijau cidb ini menpunyaai tarikh luput dan perlu diperbaharui untuk setiap 2 tahun sekali,cidb telah memperkenalkan Cara Memperbaharui Atau Renew Kad Hijau Cidb Yang Telah Tamat Tempoh Secara Online 2014.Pada tahun-tahun sebelumnya untuk memperbaharui kad hijau cidb ini,kita perlu membawa kad tersebut dan beritahu kepada pegawai bertugas bagi memperbaharui kad hijau cidb yang telah tamat tempoh itu.

Pada tahun 2014 ini,sistem renew cara baru ini iaitu renew secara online telah diperkenalkan,pada pendapat aku cara renew online yang diperkenalkan oleh cidb ini,adalah lebih bersistematik dan kemaskini profile boleh dilakukan oleh kita sendiri.Untuk lebih mudah,kita terus pergi ke page rasmi Cidb Malaysia.Atau untuk lebih memudahkan diri tanpa sakit kepala,terus klik sini >>> Cidb Personnel Aplication.

Langkah 1,bila dah masuk ke laman web cidb,klik pada bahagian B (Personel Binaan),lihat seperti gambar dibawah.zoom gambar untuk lebih jelas.

Langkah 2,setelah diklik pada personel binaan,dan sekali lagi kita hanya perlu klik pada bahagian B (Pembaharuan Online,dsb.).seperti dalam gambar dibawah.zoom gambar untuk keterlihatan lebih jelas.

Langkah 3,ok..dan selepas itu pada langkah ini,kita diminta masukkan nombor my card/no.kad pengenalan/no i.c,pada ruangan seperti dalam gambar dibawah.setelah nombor my card dimasukkan dengan betul,kita hanya perlu klik pada perkataan "Cari".lihat gambar dibawah dan zoom in gambar untuk lebih jelas.
Cara Memperbaharui Atau Renew Kad Hijau Cidb Yang Telah Tamat Tempoh Secara Online 2014

Langkah 4,paparan gambar seperti dibawah akan terpapar setelah diklik pada perkataan "Cari",dan pada langkah ini pula setelah berpuashati pada paparan profile yang ditunjukkan,kita hanya perlu klik pada logo "Print".zoom gambar untuk lebih jelas.

Info: Cara Memperbaharui Atau Renew Kad Hijau Cidb Yang Telah Tamat Tempoh Secara Online 2014,adalah amat sesuai untuk individu yang mempunyaai komputer sendiri beserta dengan sebuah printer dirumah,kerana untuk renew kad hijau cidb,kita perlu kemukakan file yang kita print pada langkah 4 kepada pegawai cidb cawangan yang bertugas.

Selain daripada renew secara online dirumah,kita boleh juga menggunakan komputer yang telah disediakan oleh pihak cidb disetiap cawangannya,tetapi untuk menggunakan komputer tersebut,kita terpaksalah kena beratur panjang.

Terima Kasih Kerana Sudi Meluangkan Masa Untuk Membacanya.






Catat Ulasan

~KOTAK KOMEN DISEDIAKAN HANYA UNTUK PENGOMEN YANG SUDI MENGOMENG~