TAMAMNAMRA

Jiran Sebelah Rumah Kena Samun



Bila hari ini adalah tidak sama dengan hari esok,dan hari esok tidak mungkin sama dengan hari semalam dan yang pasti  hari semalam pun tidak akan sama dengan hari-hari seterusnya,Lakonan manusia pun akan mulai ikut terkesan kerana berubahnya hari-hari,Bila manusia berubah,banyaklah dugaan akan berdamping,Bila dugaan mula menyerang,kewarasan akal akan terasa terusik,Bila warasnya akal tidak dikawal,bermulalah kecelaruan dalam hidup,Bila celaru menguasai darjat tertinggi dipemikiran,akan terbayanglah resepi panorama dendam di layar mata.Bila lintas langsung dendam dipertontonkan,terbongkarlah peristiwa sebenar tentang kerakusan,pembulian,kejahatan, manusia terhadap manusia yang lain.


AWAS: Jangan mudah terpengaruh dengan ayat mukhadimah diatas,sebab pokcik pun tak faham,apa yang pokcik taip tu.

Memang hati pokcik tersentap beruk bila dengar Jiran Sebelah Rumah Kena Samun,selama ni dalam kes Samun,curi,rompak,ragut,pokcik dapat info hanya dengan baca surat khabar dan dari sumber internet.Tapi bila perkara yang tak dijangka ni telah berlaku pada Jiran Sebelah Rumah,walaupun bukan terjadi pada diri pokcik,pokcik juga dapat rasa seolah-olah penyamun ni juga sedang menyamun pokcik.Bila tengok wajah jiran pokcik yang kena samun,perasaan pokcik tiba-tiba bertukar jadi sedih,marah dan rasa bersalah.Rasanya tak perlulah pokcik bercerita kes kejadian tu,sebab ianya dah jadi kes polis.

Pokcik hanya dapat tolong screenprint gambar kat sebuah page di facebook pasal kes kejadian,ceritanya lebih kurang macam tulah,nak tahu kejadian bolehlah baca pada gambar screenprint dibawah.

Boleh zoom gambar untuk baca,kalau terasa mata dah celik luas-luas tapi masih juge tak nampak.


Catat Ulasan

~KOTAK KOMEN DISEDIAKAN HANYA UNTUK PENGOMEN YANG SUDI MENGOMENG~