[Pantai Timur] Ogos 2013 Dua Perayaan Disambut Sekali Dalam Satu Perayaan

Buat-Buat Faham Jerlah Tajuk Diatas

Orang kata kena dengan masa dan ketikanya,2 perkara yang menjelma dalam bulan ogos ni kat kampung aku,pertama menyambut HARI RAYA AIDILFITRI,keduanya dapat juga merasai kedatangan MUSIM BUAH-BUAHAN kat kampung.dalam masa bercuti untuk menyambut hari raya dapat pula makan buah-buahan terutama raja buah.sebut je nama buah durian,rasanya semua makhluk yang bernama manusia mesti tahu.ianya adalah raja segala buah dalam malaysia.




raja buah ni lebih sedap dimakan ketika fresh,maksud aku ianya lebih sedap dimakan semasa baru luruh/jatuh dari pokoknya.orang kata makan durian dalam keadaan fresh lebih syahdu dan mengusik jiwa,itu bagi peminat tegar raja buahlah,tapi bagi aku fresh ke,tak fresh ke,aku cekik je tak kira masa..

apa-apa pun sekarang ni raja buah sedang bermaharajelela di pantai timur (terengganu),raja buah seperti dalam gambar dibawah telah dirakam oleh seseorang yang aku kenali iaitu aku punya biraslah,sebenarnya durian ni dari kebun bapak biras aku.

kalau ada sape-sape yang nak merasa raja buah durian kampung terbaik dari terengganu silalah berkunjung ke KAMPUNG SEMANYUR,KEMASIK,KEMAMAN,TERENGGANU.kat kampung semanyur ni ternyata banyak sekali kebun-kebun durian,malahan buah-buahan yang ada dikampung ni bukan saja dari spesis durian je,sebenarnya terdapat banyak lagi spesis-spesis yang lain seperti rambutan,manggis,duku,langsat dan sebagainya.


Peta Kampung Semanyur

Lihat Peta yang Lebih Besar




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~KOTAK KOMEN DISEDIAKAN HANYA UNTUK PENGOMEN YANG SUDI MENGOMENG~