Assalamualaikum,Tanda nama atau menandakan nama rakan facebook pada video yang hendak dikongsi pada wall facebook,Apabila seseorang telah ditanda namanya samaada pada video yang hendak dikongsi,video yang ditanda itu akan pasti terpapar pada wall seseorang yang telah ditanda namanya,itu sekiranya setting dalam facebook tidak diubah,Dalam laman sosial facebook satu perkara yang perlu kita ketauhi adalah ramai diantara kita tidak suka apabila nama mereka ditanda pada video yang hendak dikongsi.Mungkin bagi mereka yang tidak menyukai nama mereka ditanda pada satu-satu video beralasan mereka tidak suka video yang tidak ada kena mengena dengan mereka dan video tersebut boleh menyemakkan wall mereka.
Apabila berlaku perkara seperti diatas,kemungkinan akan berlaku salah faham antara kita dengan rakan facebook,sebenarnya apa yang berlaku seperti perkara diatas adalah amat mudah untuk kita tanganinya jika kita tahu bagaimana cara nak keluarkan tanda nama atau remove tag.Itu bagi mereka yang tahu caranya..Disini aku ingin berkongsi salah satu Tip Facebook iaitu Cara Nak Keluarkan Tanda Nama Atau Remove Tag Name Daripada Video Dalam Facebook.
Apabila anda telah ditanda nama pada video atau gambar oleh rakan facebook,anda tak perlu risau untuk mengeluarkan nama anda daripada video dan gambar tersebut,anda hanya perlu ikuti penerangan dan langkah-langkah bergambar seperti dibawah.Tanpa membuang masa kita terus kepada langkah-langkahnya.
Langkah 1..
Klik pada video atau gambar yang telah anda ditanda lihat pada bahagian bawah video atau gambar ada perkataan Opsyen/Option dan klik pada perkataan itu,pastikan ada keluar perkataan Lapor/Buang Tanda selepas anda klik perkataan Opsyen/Option.Klik semula pada perkatan Lapor/Buang Tanda.
Langkah 2..
Setelah anda klik pada perkataan Lapor/Buang Tanda seperti gambar diatas,anda akan dibawa terus kepada satu notification dan dalam notification tersebut anda hanya perlu menanda pada perkataan [ I want to remove this tag] pastikan perkataan tersebut ditanda,jika anda hanya ingin mengeluarkan tanda nama anda sahaja,selepas selaesai anda klik pada button [Teruskan],Lihat contoh gambar dibawah.
Langkah 3..
Selepas langkah 2 selesai,anda akan diterbangkan ke lokasi notification seterusnya,lihat seperti gambar dibawah,anda hanya perlu menanda pada ruangan [Remove the tag ***** created] dan klik pada button [Teruskan],u/p: maksud ***** ialah nama orang yang menanda anda pada videonya.
Langkah 4..
Klik [Ok]..tanda setuju dengan keputusan anda,dan tanda nama anda telah dikeluarkan daripada video tersebut,anda tidak lagi akan menerima sebarang notification tentang video tersebut,Berfacebooklah dengan aman.
Terima Kasih Dan Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~KOTAK KOMEN DISEDIAKAN HANYA UNTUK PENGOMEN YANG SUDI MENGOMENG~