Bagi aku memang peliklah sebab kejadian yang tidak terduga telah berlaku depan mata dan terpaksalah aku menonton dengan rela hati aksi Buruh Asing Warga China Di Kemaman Makan Anjing Liar Sempena Menyambut Tahun Baru Cina.Sebenarnya bukan mudah untuk tangkap anjing liar ni,dia orang terpaksa guna perangkap dan memasang umpan didalam perangkap tersebut.
Aksi yang tak sanggup aku lihat,bila anjing liar ni dah mengena,maksud aku,anjing liar dah masuk perangkap.Dia orang tanpa ada perasaan belas kasihan terus memukul anjing liar ni dengan menggunakan kayu,besi dan lehernya dijerut kemas dengan tali sehingga anjing tu menemui ajalnya.Tengok sendirilah keadaan anjing seperti dalam gambar diatas,memang terseksa sangat-sangat untuk anjing tu menemui ajalnya.
Setelah anjing liar ni telah disahkan mati,dia orang dengan segeranya akan terus melapah kulit anjing liar tersebut,dan pada saat inilah,aku terpaksa mengundurkan diri daripada terus menonton adegan aksi seterusnya,kerana perasaan mual-mual dah mula bersarang dalam diri...Terpaksa blahhh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
~KOTAK KOMEN DISEDIAKAN HANYA UNTUK PENGOMEN YANG SUDI MENGOMENG~